SCOUTS.titiwangsa
Takwim Bulanan
NOV 4

Rumah Terbuka YDP Majlis | Scout Council Chief Open House Program: Rumah Terbuka Eidulfitri 1427H/2006 peringkat Parlimen Titiwangsa
Lokasi: Jalan Wirawati (bersebelahan Pasar Moden), Kampung Pandan, Kuala Lumpur
Masa: 1100hrs - 1600hrs
Tindakan: Semua ahli dan Pemimpin dijemput hadir

NOV 10

Perkhemahan Tahunan Enam Sekawan PKK | Annual Cub Scout Sixer Camp Program: Perkhemahan Tahunan Enam Sekawan Pengakap Kanak-Kanak WPKL 2006
Lokasi: Taman Rimba Kiara, TTDI, Kuala Lumpur
Masa: 1500hrs 10NOV2006 - 1700hrs 12NOV2006
Tindakan: Pemimpin PKK Daerah Titiwangsa; sila sahkan kehadiran dan kekuatan pengakap yang akan hadir kepada DC.

NOV 11

Karnival Pra-Jubli Emas SK Jalan Gurney | SK Jalan Gurney Pre-Golden Jubilee Carnival Program: Karnival Terbuka Sempena Sambutan Jubli Emas SK Jalan Gurney
Lokasi: SK Jalan Gurney (2), Jalan Gurney, Kuala Lumpur
Masa: 0800hrs - 1600hrs
Tindakan: Semua ahli dan Pemimpin dijemput hadir; Pengakap Kelana Titiwangsa G dan H akan bertugas.

NOV 18

Perkhemahan dan Pengembaraan Pengakap Remaja | Venturers Camp and Hike Program: Perkhemahan dan Pengembaraan 30km Pengakap Remaja Titiwangsa
Lokasi: Kem Mej Mior, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan
Masa: 0800hrs 18NOV2006 - 1800hrs 20NOV2006
Tindakan: 5 Patrol Pengakap Remaja Daerah Titiwangsa; Program dikendalikan oleh Ibu Pejabat Pengakap Daerah. Untuk maklumat lanjut, email Pesuruhjaya Pengakap Daerah di sini

NOV 18

Bengkel Pesuruhjaya Daerah | District Commissioner Workshop Program: Bengkel Kepimpinan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Daerah WPKL 2006
Lokasi: Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands
Masa: 1500hrs 18NOV2006 - 1600hrs 21NOV2006
Tindakan: Pesuruhjaya-pesuruhjaya Daerah Kuala Lumpur

NOV 25

Kursus Manikayu (Modular), Modul A Lanjutan | Woodbadge Course (Modular), Advanced Module A Program: Kursus Manikayu Modul A Lanjutan kelolaan Pasukan Latihan Negara
Lokasi: Rumah BP, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur
Masa: 0800hrs - 1700hrs
Tindakan: Semua ahli yang terlibat dalam Modul A Asas pada Ogos 2006; ahli-ahli yang mempunyai Sijil Manikayu Peringkat I yang berminat, sila hubungi Ketua Kursus, En. Ekbert Yong atau Urusetia Ibu Pejabat untuk pertanyaan.

Berita Terbaru

  • Datuk Bandar dilantik YDP Majlis Pengakap WPKL 1500hrs; 07 NOV 2006

    YDPN Datuk Ruslin Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg Datuk Ruslin Hassan (gambar) telah dilantik sebagai Yang Di-Pertua Majlis Pengakap Negeri bagi menggantikan Dato' Seri Saleha Ali yang telah meletak jawatan di atas sebab-sebab kesihatan. Datuk Ruslin merupakan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang pertama yang diberi penghormatan untuk mengetuai Majlis Pengakap Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan walaupun baru dilantik, sudahpun banyak menyumbang kepada kemajuan MPNWPKL. Pada awal tahun ini, beliau telah memberikan peruntukan DBKL sebanyak RM 20,000.00 dan mengkhususkan penggunaan Taman Rimba Kiara sebagai Kem Latihan Pusat pengakap Kuala Lumpur. Pihak Majlis Pengakap Daerah mewakili warga pengakap Titiwangsa mengalu-alukan perlantikan beliau, dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Ruslin. Semoga dengan kehadiran beliau, masa depan pergerakan kita di bandaraya KL akan lebih terbela dan maju.

  • WOSM unveils World Scouting Report and new branding image 1500hrs; 20 OCT 2006

    The new logo The World Organisation of the Scout Movement (WOSM) last week unveiled the inaugural World Scouting Report in Geneva. The launch event focused on the issue of improving the embloyability of young people, which is a topic closely addressed in the Report itself as well. The Report explains that employability itself is not sufficient to successfully acquire a job. It is also necessary to take into account the competences of the young person, and match them with the needs of the employer. In the absence of a stable job market, the solution will come from the personal initiative of the young person, another quality developed within Scouting. Also unveiled was the new image of World Scouting, which now consists of the World Scouting Emblem (the fleur-de-lys), the word 'Scouts' (our name and our reputation), and the claim 'Creating a better world' (our vision). The brand logo is available in the five working languages of the World Organization of the Scout Movement and will replace all other emblems and visuals which previously represented the six regions of WOSM. This will ensure a consistent global identity for World Scouting, while still respecting cultural diversity. The World Scouting Report image and its usage guidelines can be viewed at the WOSM website at http://www.scout.org.

  • Pengakap Titiwangsa dapat YDP baru 1300hrs; 19 OCT 2006

    YDP Datuk AstamanBerkuatkuasa Oktober 2006, Pesuruhjaya Pengakap Negeri WPKL, Mej (B) Sallehuddin Ghani telah melantik YB Datuk Haji Astaman bin Abdul Aziz (gambar), Ahli Parlimen Titiwangsa, sebagai Yang di-Pertua Majlis Pengakap Daerah Titiwangsa yang pertama semenjak penubuhannya pada tahun 1991. Perlantikan tersebut telah diterima oleh YB Datuk Astaman, dan beliau dijangka akan diberikan tauliah kehormat tersebut pada bulan November ini. Datuk Astaman merupakan seorang bekas pengakap Kumpulan ke-8 Kuala Lumpur (Kumpulan anjuran St. John's Institution, sekarang dikenali sebagai Kumpulan ke-8 Bukit Bintang) dari tahun 1966 hingga tahun 1969, dan merupakan seorang penyokong pergerakan pengakap yang kuat semenjak menjadi Ahli Parlimen. Beliau juga merupakan Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa.

  • Pesuruhjaya Pengakap Titiwangsa kekal lagi dua tahun 1500hrs; 13 OCT 2006

    DC Latiff Abu Hassan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Titiwangsa, En. Latiff Abu Hassan (gambar), bakal dilantik semula untuk sepenggal lagi bagi memimpin pengakap Daerah Titiwangsa, iaitu dari tahun 2007 hingga tahun 2008. Ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih anjuran PPM di sini, Pesuruhjaya Pengakap Negeri WPKL telah menyatakan yang DC Latiff merupakan salah seorang daripada Pesuruhjaya yang cemerlang di Kuala Lumpur, dan pihak Ibu Pejabat Negeri menyokong perlantikan semula beliau untuk penggal yang akan datang. Antara lain juga, beliau telah berjaya mengembangkan lagi penglibatan unit-unit Kelana di dalam khidmat komuniti, serta mendapatkan sokongan kewangan daripada pihak Ahli Parlimen untuk aktiviti-aktiviti pengakap daerah. Terbaru sekali, beliau telah menganjurkan dengan jayanya Kempori Pengakap Kanak-kanak peringkat daerah bagi tahun 2006.